
Muat Turun
Log Masuk Intranet
| Perutusan Pengarah |
|
|
|
| Written by admin |
| Monday, 18 February 2008 12:01 |
|
 Tn Haji Mohd Pauzi bin Ibrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung laman web Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT) . Kesudian saudara-saudari melawati laman web ini amat dialu-alukan. Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di Alaf 2000 telah mencetuskan ilham pihak PKKT untuk mewujudkan laman web rasmi PKKT. PKKT sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia ingin turut serta dalam arus kemajuan ini dengan mengambil inisiatif mewujudkan laman web ini. laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang PKKT dengan lebih jelas.Wawasan negara kita adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian maju. Berteraskan matlamat inilah PKKT menyemai cita dan azam untuk menjadi sebuah institusi utama dalam memberi pendidikan teknikal dan perdagangan yang berkualiti. Kejayaan merealisasikan graduan politeknik yang berkualiti, beretika, berdedikasi, berilmu serta komited merupakan Misi PKKT serta matlamat kerja para kakitangan PKKT. Setelah 10 tahun menyumbang bakti menghasilkan guna tenaga bagi negara, Politeknik Kota Kuala Terengganu akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara PKKT akan terus melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurukulum. Graduan PKKT juga dititikberatkan dengan sahsiah yang tinggi supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran di Alaf 2000 yang begitu mencabar dan getir. Harapan saya agar laman web PKKT ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya. |
| Last Updated on Monday, 20 April 2009 11:23 |
W3C Disability Access
Makluman
Pendapat Anda
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Anda Pelawat ke :







![]() | Hari ini | 22 |
![]() | All | 279328 |








 


